E-mel yang selamat, peribadi dan memastikan kawalan di tangan anda.
Kami tidak sekali-kali menggunakan kandungan Gmail anda untuk sebarang tujuan pengiklanan
Gmail menggunakan penyulitan yang terkemuka dalam industri untuk semua mesej yang anda terima dan hantar. Kami tidak sekali-kali menggunakan kandungan Gmail anda untuk memeribadikan iklan.
Pemberitahuan privasi ditindih pada e-mel
Gmail memastikan keselamatan lebih sebilion pengguna setiap hari
Gmail menyekat 99.9% spam, perisian hasad dan pautan berbahaya agar tidak sampai ke peti masuk anda.
Peti masuk utama Gmail dengan ikon amaran berasingan ke laman
Perlindungan terhadap pancingan data termaju disediakan
Apabila masuknya e-mel yang mencurigakan tetapi sebenarnya mungkin sahih, Gmail akan memberitahu anda dan memastikan kawalan di tangan anda.
E-mel dengan mesej amaran keselamatan (kuning)
Kawalan terbaik dalam kategorinya untuk e-mel yang anda hantar
Mod Sulit membolehkan anda menetapkan tempoh luput dan menghendaki penerima membuat pengesahan melalui teks. Anda juga boleh mengalih keluar pilihan ciri mengirim semula, menyalin, memuat turun dan mencetak.
E-mel dengan peringatan masa dan ikon jam
Pemberitahuan privasi ditindih pada e-mel
Peti masuk utama Gmail dengan ikon amaran berasingan ke laman
E-mel dengan mesej amaran keselamatan (kuning)
E-mel dengan peringatan masa dan ikon jam
Selesaikan lebih banyak urusan dengan Gmail
Kekal berhubung dan sentiasa teratur
Mulakan Chat, sertai panggilan video dengan Meet atau bekerjasama dalam Doc, semuanya terus daripada Gmail.
Fungsi sembang Gmail dengan kerjasama dokumen dan sembang video pada satu skrin
Selesaikan lebih banyak urusan dengan lebih pantas
Tulis e-mel dan mesej dengan lebih pantas menggunakan ciri seperti Karang Pintar supaya anda ada lebih masa untuk aktiviti lain.
E-mel baharu dengan ciri autoisi Karang Pintar
Tidak lagi lupa membalas e-mel
Peringatan mesra untuk mengingatkan anda tentang pelbagai perkara.
Peti masuk Gmail dengan peringatan susulan dalam teks jingga
Fungsi sembang Gmail dengan kerjasama dokumen dan sembang video pada satu skrin
E-mel baharu dengan ciri autoisi Karang Pintar
Peti masuk Gmail dengan peringatan susulan dalam teks jingga
Gmail berfungsi dengan lebih baik pada apl
Nyatakan perasaan anda dengan emoji
Reaksi emoji ialah cara pantas dan menyeronokkan untuk membalas e-mel, hanya tersedia dengan apl Gmail.
Ciri ini akan mula dilancarkan pada bulan Oktober 2023.
Cari e-mel anda dengan lebih pantas
UI telefon yang ringkas memaparkan e-mel yang mengalu-alukan kedatangan Helen kepada pasukan, bar emoji yang dibesarkan menunjukkan keringkasan dalam membuat balasan dengan emoji.
UI telefon yang ringkas menunjukkan bar carian dengan ‘RSVP’ ditaip dalam bar tersebut, hasil carian menampilkan frasa di bawah.
Beralih antara akaun
Semua e-mel anda daripada penyedia berlainan pada satu apl.
UI telefon yang ringkas mengandungi pengepala ‘Tambahkan akaun’ dan memaparkan ikon daripada perkhidmatan e-mel berlainan, menunjukkan keringkasan penambahan pembekal e-mel pada apl Gmail.
UI telefon yang ringkas menunjukkan bar carian dengan ‘RSVP’ ditaip dalam bar tersebut, hasil carian menampilkan frasa di bawah.
UI telefon yang ringkas mengandungi pengepala ‘Tambahkan akaun’ dan memaparkan ikon daripada perkhidmatan e-mel berlainan, menunjukkan keringkasan penambahan pembekal e-mel pada apl Gmail.
Berikan ciri terbaik Gmail pada peranti anda
Serasi dengan alatan lain
Gmail serasi dengan klien desktop seperti Microsoft Outlook, Apple Mail dan Mozilla Thunderbird, termasuk penyegerakan kenalan dan acara.
Kekal produktif, walaupun di luar talian
Gmail luar talian membolehkan anda membaca, membalas, memadamkan dan mencari mesej Gmail anda apabila anda tidak menggunakan Internet.
Guna Gmail pada mana-mana peranti
Nikmati ciri Gmail yang mudah dan ringkas, walau di mana-mana jua.
Kini Gmail ialah sebahagian Google Workspace
Bekerjasama dengan lebih pantas, menerusi mana-mana peranti, pada bila-bila masa, semuanya di satu tempat.
Google Workspace merupakan set produktiviti dan alatan kerjasama yang membantu individu, pasukan dan perniagaan mengetahui perkembangan terkini. Produk ini merupakan penyelesaian fleksibel dan inovatif untuk perniagaan atau kegunaan peribadi yang merangkumi semua apl kegemaran anda seperti Gmail, Calendar, Drive, Docs, Meet dan pelbagai lagi.
Dapatkan jawaban yang anda perlukan
Perlukan bantuan lanjut?
Baca petua dan panduan langkah demi langkah untuk pengguna baharu dan juga pengguna mahir.
Bagaimanakah Gmail memastikan komunikasi e-mel saya selamat dan peribadi?
Dari awal lagi, keselamatan yang kukuh ialah asas bagi Gmail. Kami gigih berusaha untuk melindungi anda daripada spam, pancingan data dan perisian hasad, sebelum anasir ini sampai ke peti masuk anda. Keupayaan penapisan spam kami yang diperhebat dengan AI menyekat hampir 10 bilion e-mel spam setiap minit.
Adakah e-mel saya digunakan untuk pengiklanan?
Tidak. Walaupun anda mungkin melihat iklan dalam akaun Gmail tanpa kos anda, hanya anda yang boleh melihat e-mel anda. Google tidak mengimbas atau memproses kandungan Gmail untuk tujuan pengiklanan.
Bagaimanakah saya boleh memastikan e-mel saya lebih selamat dan terjamin?
Walaupun ciri-ciri Gmail sudah cukup selamat bagi kebanyakan pengguna, sesetengah akaun mungkin memerlukan lapisan keselamatan tambahan. Program Perlindungan Lanjutan Google melindungi pengguna yang mempunyai maklumat dengan keterlihatan tinggi dan sensitif, yang berisiko menjadi sasaran serangan dalam talian.
Ketahui lebih lanjut
Jika saya mahu menggunakan Gmail untuk kerja atau perniagaan saya, bagaimana?
Gmail ialah sebahagian daripada Google Workspace yang membolehkan anda memilih pelbagai pelan. Di samping ciri yang anda sukai tentang Gmail, anda akan mendapat alamat e-mel tersuai (@syarikatanda.com), alamat e-mel kumpulan tanpa had, dijamin 99.9% masa hidup, dua kali lebih banyak storan berbanding Gmail peribadi, tiada iklan, sokongan sepanjang masa, Google Workspace Sync untuk Microsoft Outlook, dan pelbagai lagi.
Ketahui lebih lanjut
Perlukan bantuan lanjut?
Baca petua dan panduan langkah demi langkah untuk pengguna baharu dan juga pengguna mahir.
Tunjukkan kepada dunia
cara kami melakukannya.
Mula menggunakan Gmail yang lebih berkuasa.
Skrin peti masuk Gmail dengan ikon fungsi yang dibesarkan, diatur mendatar